
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan tak boleh kawal kepala
saya wanita 20-an, dah alami simptom ini sejak tahun lepas. tahun lepas masih belajar dan dah mula bekerja tahun ni. saya assume mungkin juga sebab jadual waktu tidur terganggu dan stress. cuma bila sampai tahap kepala tiba2 berpusing, saya risau kalau ini tanda migrain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Migrain - pencetus seperti makanan, stress
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang dirasai seluruh kepala
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan dalam kepala - seperti pada selaput otak
- Anaemia - kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.