
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan tarik urat mata
Saya wanita berumur 27tahun. Saya seting mengalami sakit kepala di bahagian tepi sebelah kiri mata sy dan akan merasa sakit di bahagian urat mata sebelah kiri sy juga… sakit itu juga sy tidak boleh utk tunduk kebawah kerana ia akan menambah sakit sy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Oleh hal yang demikian, anda dinasihati agar:
- Mempunyai kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.