Sulit
6 tahun
Sakit kepala dan terlalu bergantung kepada panadol
Saya mula mengalami masalah sakit kepala pada tahun 2011 iaitu apabila saya bangun tidur saya akan pening dan berjalan tidak seimbang. Pada tahun 2012 saya mula sakit yang tersangat sampai tidak boleh bangun dan sejak itu saya makan panadol. Bermula tahun 2013 saya makan panadol or paracetamol sekurangnya 2 minggu atau sebulan sekali sehingga sekarang saya masih bergantung kepada panadol apabila sakit kepala. Kekadang sakit sehingga ke mata, neck or telinga. Saya tidak pernah mendapat sebarang rawatan kerana saya tidak anggap ia masalah yang berat. Apa pendapat doktor? Saya juga telah menderma darah sebanyak 5 kali dan pada kali pertama dan kedua saya tiada masalah. Pada kali ketiga saya pening selepas menderma, kali keempat tempat cucuk jarum bengkak selama 2 minggu, kali kelima saya muntah dan hampir pitam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keluhan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Ubat penahan sakit atau painkiller seperti panadol hanya berfungsi untuk menghilangkan rasa sakit tanpa merawat penyebab sakit tersebut. Adalah amat digalakkan kepada anda untuk memeriksakan diri ke doktor. Hal ini kerana ketergantungan kepada ubat penahan sakit seperti panadol mempunyai kesan sampingan seperti:
- Perdarahan lapisan dinding perut akibat asid
- Masalah buah pinggang
- Masalah kardiovaskular
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda serta kesesuaian ubat, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































