
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala dari bulan 3
Saya perempuan berumur 23 tahun memilik anak 3 org 4 tahun,2 tahun dn 1 tahun … sejak bulan 3 2019 lalu saya kerap sakit kepala seperti dalam sampan berpusing² … saya fikir saya keletihan saya tido dn suami menjaga anak² tp malang nye sakit kepala tu terus berlarutan … pernah check di hospital tetapi doktor ckp saya stress… diberi ubat tahan sakit … masih sama … setiap hari saya akan sakit kepala mcm selalu rasa seperti dlam sampan … bila buka mata gelap x nampak sekeliling … kdg2 saya pening smpai muntah2 … boleh saya tahu knp dgn saya … setiap hari saya akan kena sakit kepala ni …terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain
- Jangkitan kuman dalam kepala - seperti virus atau tibi
- Pendarahan dalam kepala - disebabkan masalah pembekuan darah, darah beku, atau tekanan darah
- Kenaikan tekanan dalam kepala - disebabkan cecair otak tidak dapat keluar
- Ketumbuhan - seperti kanser
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.