
Sulit
3 tahun
Sakit kepala di bahagian belakang, atas dan tepi kepala
Aslm doc, saya berumur 16 tahun dan selalu mengalami sakit kepala terutama di bahagian belakang dan atas kepala, diantara kening dan tepi kepala yang semua orang pernah rasa, setiap kali saya berfikir terlalu lama mesti saya akan pening pening dan rasa loya makan panadol pun belum tentu pening saya akan surut jadi adakah saya mempunyai penyakit? Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi? Adakah saya perlu gandakan panadol untuk saya makan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah sakit kepala di bahagian belakang, atas kepala, tepi kepala disertai dengan rasa pening dan loya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- Kurang berehat dan tidur
- Tekanan atau stres
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.