Sulit
5 tahun
Sakit kepala di bahagian belakang belah kanan
Saya seorang remaja perempuan,berumur 18 tahun.sejak kebelakangan ni saya selalu sakit kepala di bahagian belakang belah kanan.sakit kepala yang saya alami bukan sakit kepala yang macam biasa tu.rasanya macam sakit yang menekan.saya pun tak tahulah kenapa.kadang tu berlaku time saya study.saya memang cepat stress sikit.lagipun saya masih student dengan kerje yang berlambak,ujian lagi.memang selalu stresslah.adakah sakit kepala saya ni disebabkan saya stress??ataupun disebabkan penyakit lain??mohon diberikan penjelasan.terima kasih😊
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit kepala.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, memang benar sakit kepala boleh disebabkan oleh tekanan kerja atau belajar. Namun begitu, terdapat juga sebab sebab lain sakit kepala berlaku seperti:
- Tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula
- Migraine
- benign positional paroxysmal vertigo
- jangkitan telinga
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan Doktor
- Pengsan
- Sakit kepala berlanjutan tidak pulih dengan ubatan farmasi
- Muntah muntah
- Hilang keseimbangan badan
- Sakit yang terlalu kuat
Sakit kepala mungkin perkara biasa dan boleh disembuh dengan ubatan panadol, namun sekiranya ia berulang dan berlanjutan, ia menandakan penyakit yang lain di sebalik sakit kepala.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.


































