
Sulit
4 tahun
Sakit kepala di belakang kepala
Saya berumur 22 tahun, saya ingin bertanya kenapa saya berasa sakit di bahagian belakang kepala… Sakit yang teramat sangat… Saya makan naproxen sodium pon tak lega makin bertambah rasa sakit… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami memahami kerisauan yang anda hadapi. Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami sakit kepala sedemikian:
- Migrain
- Tension headache kerana tertekan dan stres
- Ketegangan otot leher
- Jangkitan lapisan meninges (meningitis)
- Ketumbuhan di dalam kepala
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca yang sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.