
Sulit
4 tahun
Sakit kepala di bhgn tepi & atas & belakang
Kebelakangan ini saya sakit kepala di bhgn atas, tepi & belakang kepala (dari tengkuk ke bahu). Selalu juga suami urut2 bhgn tersebut & saya telan panadol (tiap2 malam kena ambik sebiji sebab tak nak terlalu bergantung pd ubat) tapi masih lagi sakit sampai skrg. Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan otak (encephalitis atau meningitis)
- Anemia (kurang sel darah merah di dalam badan)
- Hiperglisemia (kandungan gula di dalam darah terlalu tinggi)
- Masalah otot leher
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, punca sebenar hanya dapat diketahui setelah pemeriksaan dan siasatan lanjut dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.