shahshazu85
6 tahun
Sakit kepala dikiri mata
saya wanita berumur 34 tahun dan masih bujang.sejak seminggu ini saya telah mengalami sakit kepala yang berulang-ulang.saya juga mengambil ubatan seperti activfast dan ponsten juga tetapi tetap mengalami sakit yg sama.sakit berdenyut-denyut dibahagian sebelah kiri mata.urat timbul.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti:
- Stress
- Keletihan
- Kurang tidur
- Masalah pengelihatan
- Pengambilan minuman berkafien
- Medicine induced headache : sesetengah orang mengalami sakit kepala akibat pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu kerap
- Punca yang lebih serius adalah akibat masalah di dalam struktur otak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































