
Sulit
5 tahun
Sakit kepala disertai gegaran dalam kepala
Sy wanita berumur 23 tahun. Mengidap migrain sejak umur 19 tahuun. Akhir2 ini migrain sy semakin kerap menyerang. Seminggu mngkin 2 atau 3 kali. Sakit sebelah kanan kepala dan disertai sakit di belakang mata kanan, telinga kanan dan di belakang kepala terasa seperti mencengkam. Jika berbaring, terasa seperti satu denyutan yg kuat dan menyakitkan di belakang kepala sebelah kanan. Dalam kepala sebelah kanan rasa seperti bergegar dan diketuk2 dari dalam. Saya biasanya akan loya dan muntah setiap kali sakit ini dtg. Apakah pendapat doc tntang keadaan sy ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sejujurnya, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad. Dalam mendapatkan diagnosis yang tepat banyak maklumat mengenai anda harus diperolehi, pemeriksaan fizikal serta ujian yang terperinci harus dilakukan. Hanya dengan mendapat tahu diagnosis, barulah rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Memandangkan gejala yang anda alami seperti sangat menganggu, saya cadangkan untuk anda terus berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan dapat dilakukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.