
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dn sakit lenguh tangan selepas renjatan elektrik
Slmt tghri, sy mengalami renjatan elektrik pd hari khamis lepas slps mencabut charger fon dgn tgn yg sdg basah. Rentetan itu, sy mengalami sakit kepala dn demam. Tangan sblh kiri juga sakit dn lenguh sehingga tk blh angkat. Skrg dh okay, cuma tgn sblh kiri kembali sakit dn lenguh slps angkat dn buat kerja yg berat. Normal ke mcm ni? Adakah sy perlu ke klinik utk pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa gejala yang boleh berlaku jika terkena renjatan elektrik seperti:
- Pengsan
- Rasa kebas atau lenguh
- Susah bernafas
- Sakit kepala
- Masalah penglihatan dan pendengaran
- Melecur
- Sawan
- Degupan jantung yang tidak normal
Jika anda mengalami mana-mana gejala yang telah dinyatakan, anda perlu segera berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik berdekatan. Jika anda mengalami kesan melecur pada tangan atau jari anda, anda perlu ke wad kecemasan, jika tidak anda boleh ke klinik berdekatan untuk memastikan tiada kecederaan lain.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.