
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala hampir 2 minggu
Saya wanita mengalami sakit kepala hampir 2 minggu Dan dlm tempoh Itu juga saya ada minum air sarang burung wallet.Dalam minggu pertama kepala saya terasa berat tapi sekarang sudah berkurang rasa sakit Itu. Adakah ia disebabkan oleh air sarang burung terse but? Selain Itu juga saya ada sakit bahagian dalam telinga seperti ada angin dalam telinga tapi tak kerap berlaku. Sakit dalam masa 10 saat, tapi tak setiap hari

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migraine
- Sakit kepala disebabkan masalah penglihatan seperti rabun
- Sakit kepala disebabkan stres
- jangkitan kuman atau virus
- ketumbuhan ataupun kanser
- radang pada sistem saraf atau otak
- penyakit autoimun seperti sklerosis seluruh
Anda boleh hentikan pengambilan air sarang burung tersebut bagi mengelakkan dari sebarang masalah lain.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.