Sulit
5 tahun
Sakit kepala hampir setiap harip, sakit dada, cepat penat, dan selalu mual mual
Assalammualaikum doktor saya remaja 19 tahun, saya kerap sakit kepala hampir setiap hari sakit kepala, dan saya juga slalu penat kadang-kadang baru bangun tido pagi-pagi tapi penat dia mcm dh buat bnyk kerja berat. Saya juga slalu sakit dada dan mual mual, saya ada juga seacrh google dan bnyk saya jumpa sebab angin dalam badan, apakah tu smua memang sebab angin dalam badan?. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit kepala yang kerap boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah migrain
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Bagi masalah yang lain yang anda alami seperti sakit dada dan mual, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, gejala tambahan yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Asid refluks (gastrik) - hal ini boleh menyebabkan asid naik ke saluran udara dan menyebabkan batuk dan sesak nafas
- Masalah jantung
- Angin dalam badan
- Penyakit apnea tidur
- Anemia (kurang sel darah merah)
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih


































