
faridtajuddin19
5 tahun
Sakit Kepala Hingga Bahagian kening belah kiri
Salam Sejahtera,
Sy seorang lelaki berumur 27tahun… dalam masa seminggu ni sy telah mengalami sakit kepala yg lebih tertumpu pada kawasan mata atau bahagian kening belah kiri… rasa yg berdenyut2 … dan masalah ini akan berlaku pada waktu pagi setiap kali sy bagun dr tidur,skrg sudah macam menjadi rutin sy akan mengambil penadol utk sarapan pagi sy… Itu sahaja soalan sy,terima kasih ye Doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC). Antaranya ialah paracetamol dan NSAIDs.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih