
hafizjailani70
6 tahun
Sakit Kepala kadang2 sakit mata bila nak tutup
Hi Doc,
Saya 23 tahun, seorang pelajar. Saya sudah hari sakit kepala. Kadang2 mata saya sakit untuk tutup. Kepala sakit dibahagian belakang belah kiri dan kanan kadang-kadang belah hadapan. Adakah itu sakit yang serius atau saya perlu berehat?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Biasanya simptom-simptom anda boleh disebabkan oleh sakit kepala migraine. Migraine adalah jenis sakit kepala di mana anda akan berasa sakit yang teramat sangat pada satu belah kepala dan juga mata. Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh jenis sakit kepala lain seperti sakit kepala tegang dan sakit kepala cluster.
Masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh:
- tekanan
- jadual harian yang padat
- pemakanan
- tidak cukup rehat
Dengan mendapat rehat yang cukup dan pemakanan seimbang biasanya boleh membantu melegakan sakit kepala ini. Sekiranya sakit kepala anda masih tidak sembuh atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat daripada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.