
nuraisyahmahjub
6 tahun
Sakit kepala ketegangan leher
Hello doctor.saya seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun.kebelakangan ini saya sering mengalami sakit kepala dan pening .saya juga sering berasa tegang Di leher.pada mulanya,saya hanya mgambil ubat tahan sakit Dan setelah sketika sakit kepala saya berulang kembali.setiap kali selepas bangun tidur atau bangkit dari pembaringan saya megalami sakit kepala yang teramat sangat terutamanya Di bahagian Kiri Dan kanan serta dibahagian belakang kepala berhampiran leher.saya juga mengalami kesukaran untuk menoleh ke kanan dan ke Kiri serta mendongak kepala.selain itu,kepala juga akan berasa amar sakit sekirnya saya batuk atau pun ketawa.saya fikir kan saya tidak cukup tidur atau tersalah posisi tidur.namun ,Perkara ini brlanjutan setelah beberapa hari Dan ubat tahan sakit (panadol) yang saya ambil tidak memberi apa apa kesan.mohon penjelasan

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Terdapat beberapa punca:
Kehidupan Seharian:
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula.Kecederaan dan Kemalangan:
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!