
Sulit
5 tahun
Sakit kepala keterlaluan
Saya remaja belasan tahun… saya sering sakit kepala semenjak ni… n then… sometime… bila duduk terlalu lama . Bangun jaa rasa mcm tak seimbang… adakah ini simptom kanser otak ?? … sebab… sakit kepala dia… bukan seperti biasa…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala dan ketidak seimbangan badan yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Dehidrasi - menyebabkan hipotensi (tekanan darah rendah) postural (yang disebabkan bangun terlalu cepat)
- Anemia (kurang sel darah merah) - juga boleh menyebabkan gejala yang anda alami
- Migrain - sakit kepala migrain adalah berbeza dengan sakit kepala tegang yang biasa dialami kebanyakkan orang. Sakit kepala ini boleh menyebabkan muntah, badan tidak seimbang mahupun kebas badan
- Masalah dalaman telinga seperti jangkitan dalam telinga - organ telinga juga mengawal keseimbangan badan, dan jika terdapat masalah pada dalaman telinga, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan tidak seimbang badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.