
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala ketika hamil
Salam doktor. Saya sedang hamil anak kedua dan kini memasuki 18 minggu. Sepanjang kehamilan ini saya telah menghadapi hyperemesis dan kini beransur pulih. Pada mulanya saya sering sakit kepala (bahagian depan kepala) setiap kali selepas muntah. Mungkin kerana kehilangan bendalir yang banyak menyebabkan saya diserang sakit kepala. Namun apabila muntah makin reda, saya diserang pula sakit kepala yang berdenyut-denyut (sebelah kanan sahaja-terasa sakit dari bahagian mata hinggalah telinga dan tengkuk). Apakah punca sakit kepala ini? Adakah ia bahaya untuk wanita hamil? Untuk pengetahuan doktor tidur saya sangat terganggu disebabkan masalah ini. Buat masa ini, saya hanya mengambil maltofer (iron tablet) dan vitamin C (chewable) sahaja. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala boleh menyerang wanita mengandung mahupun wanita biasa, Sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Stress
- Pengambilan makanan tertentu seperti kafien’
- Dehidrasi
- Keletihan
- Kurang tidur
- Masalah sinus
Bagi wanita mengandung, biasanya lebih sensitif dan mungkin terdapat makanan tertentu yang boleh mencetuskan sakit kepala ini. Selain itu, cuba dapatkan rehat dan minum air secukupnya disamping makan makanan seimbang. Rujuk kepada doktor sekiranya sakit kepala anda semakin teruk bagi mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda dan kandungan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.