
Sulit
3 tahun
Sakit kepala ketika tunduk dan sakit pinggang ketika batuk..selain itu saya selalu pening ketika berdiri
Saya selalu mengalami sakit kepala dan pening ketika saya berdiri terlalu lama…saya juga mengalami sakit kepala ketika saya tunduk…saya juga merasakan sakit di bahagian pinggang saya ketika saya batuk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala dan pening ketika berdiri terlalu lama atau tunduk. Anda juga berasa sakit di bahagian pinggang ketika batuk. Saya akan cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, masalah yang sedang anda alami mungkin adalah sakit kepala yang dipengaruhi oleh posisi tubuh badan. Simptom ini sering dikaitkan dengan situasi berikut:
- Migrain
- Jangkitan di otak
- Tumor di otak
- Masalah saluran darah di otak
- Anemia
- Kecederaan dikepala
- Hipertensi
- Cerebrospinal fluid leak
- Keradangan
Manakala, batuk yang mengakibatkan sakit pinggang boleh disebabkan oleh yang berikut:
- Keradangan
- Batu karang
- Hernia
- Ovarian cysts
- Cystitis
Namun sekiranya anda mendapati keadaan anda berlarutan, anda sebaiknya mendapatkan nasihat doktor untuk menanganinya dengan kadar segera
Saya berharap penerangan ini dapat membantu anda dan jika anda memerlukan maklumat serta informasi yang lebih mendalam, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.