
Sulit
4 tahun
Sakit kepala lepas cabut gigi
Saya lelaki berumur 29 tahun.
3 hari lepas, saya telah cabut gigi geraham bongsu.
Selepas beberapa jam cabut, dan kesan bius hilang, saya baru terasa sakit di gusi dan seluruh kepala. Seingat saya, itu kesan yang normal.
Selepas 3 hari, gusi saya tidak lagi sakit, dan tidak berdarah lagi. Tetapi, sakit kepala masih ada sejak 3 hari lepas.
Untuk lebih spesifik, saya cabut gigi geraham bongsu kanan, sebelah atas. Dan sakit kepala saya seperti migraine, bermula dari tempat cabut, kawasan hidung, sekitar mata kanan, dan atas kepala. Separuh kepala rasa seperti ngilu.
Adakah ini normal? Atau saya perlu kembali ke klinik gigi tersebut? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- kesan sementara selepas operasi gigi
- tanda-tanda komplikasi atau jangkitan
- kesakitan yang tersisa akibat dari pertumbuhan gigi graham bongsu (wisdom tooth) sebelum ini
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala/mulut/rahang yang terlalu kuat dan kerap
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Loya atau pitam
- Mual atau muntah
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.