
Sulit
3 tahun
Sakit kepala melebihi 3 hari
Saya wanita dan berumur 22 tahun. Saya mengalami sakit kepala sudah dalam 5 hari. Kebiasaannya, bila saya makan panadol atau tidur, sakit sudah tiada. Tapi kali ini sakit kepala masih sama walaupun sudah makan panadol dan tidur.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami keresahan anda yang sedang mengalami gejala sakit kepala selama 5 hari. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan gejala anda. Antaranya :
- Dehidrasi
- Tekanan
- Kekurangan tidur
- Anemia
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tekanan
- Jangkitan Coronavirus
Ini adalah secara umum mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah anda. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya dapat mengenal pasti punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.