
Sulit
3 tahun
Sakit kepala,pening, loya dan kesejukkan serta menggigil
Sya berumur 15 thn. Pada awal bulan 6 yang lalu saya mengalami sakit kepala yang sangat kuat. Sakit di seluruh bahagian kepala Kiri, kanan dan tengah. Tp bahagian tengah yang paling kuat. Berasa seperti berdenyut. Sy juga berasa pening Dan memusing serta sakit sakit di bahagian kening. Sy juga rasa loya.Badan pun berasa Sejuk seperti demam tp tidak demam. Badan sy berpeluh. Selain itu badan sy juga berasa menggigil. Sakit ini berlanjutan hampir seminggu dan kemuadian ia berhenti. Tp selanga bebrapa minggu selepas itu penyakit ini datang kembali. Apakh penyakit Sy ini.mintak penjelasan dari dr tentang penyakit ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit kepala, loya, memusing dan kesejukan.
Untuk makluman anda, selain masalah otak, gejala pusing, loya dan muntah yang anda rasakan kemungkinan besar terkait dengan organ keseimbangan yang mana ia boleh terdiri daripada adanya masalah di saraf mata, telinga, otot dan sebagainya. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor