
izzatimardhiah22
6 tahun
Sakit kepala,pitam hanya sekejap
Saya tidak mengalami apa2 masalah kesihatan
Saya mengalami sakit kepala 3-4 tahun…Saya sakit apabila terlampau banyak cahaya masuk…ataupun secara tiba2…tapi hanya sekejap…hal ini,sakit kepala ini membuatkan saya pitam dan kaki terasa tak pijak tanah…tetapi hanya sekejap…then,sometime saya baring pon terasa seperti tenggelam…mata tiba2 nampak gelap…tidak kira dalam keadaan gelap ataupun terang…semuanya berlaku dalam sekejap sahaja…tidak mengambil bermimit2 untuk saya kembali bangkit dan penglihatan pulih…
kadang2 terasa sakit bahagian atas kening…apakah punca, penyakit dan perlukah saya membuat nasihat doktor di hospital?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa jenis sakit kepala. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.