
Anonymous
4 tahun
Sakit kepala pitam mual
Saya wanita berusia 18 thun.semalam, saya secara tiba2 pitam semasa saya berdiri.nasib baik saya sedar balik tapi mas saya sedar balik saya pening2 teramat dan loya dan saya rasa nak baring je.bila baring tu saya rasa macam terbenam dlm katil.saya nak jalan pun rasa mcm diawang awangan dgn sakit kepala walaupun saya dah tidur dgn ckup. Dan saya rasa mual2 smpi nk mkn pun x lalu.perlu ke saya cek dengan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migrain
- strok sementara
- jantung tidak cukup kuat untuk mengepam darah ke kepala (syncopal attack)
- sawan
- ketumbuhan dalam kepala
- jangkitan kuman dan bakteria (meningitis)
- vertigo (berasa bilik seperti berpusing dan telinga berdesing)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.