
Sulit
3 tahun
Sakit kepala remaja perempuan
Hai,sy remaja perempuan berusia 17 tahun
Seringkali saya selalu dapat sakit kepala setiap hari sejak beberapa bulan yang lalu, lately ni,makin membuak-buak sakitnya,sakit dari belakang tengkuk sehingga kening,dari belakang kepala hingga kening,sgt berdenyut-denyut sehingga menganggu aktivi saya,saya langsung tidak boleh fokus membuat kerja atau belajar,kadang sakit juga di bahagian sekitar bawah telinga,sekitar cuping telinga…
Sehingga saya langsung tidak boleh membuka mata secara luas…
Sy juga tiada selera makan sgt …
Adakah bhya?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Postur badan yang tidak elok
- Arthritis
- Herniated disks
- Occipital neuralgia
- Sakit kepala tegang atau tension headache
- Migrain basilar
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.