
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala , Sakit Perut dan Hilang Selera Makan
GF SAYA HILANG SELERA MAKAN DAN MENGALAMI SAKIT KEPALA YANG BERTERUSAN DAN SAKIT PERUT BERTERUSAN…PERUT GF SAYA MENEKAN SECARA TIBA2 DAN MEMBUAT SELERA MAKAN HILANG…SAKIT KEPALA PULA SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG APABILA BARING DAN APABILA BANGUN SAKIT DI SELURUH KEPALA…GF SAYA JUGA ADE GASTRIK BAGAIMANA DOKTOR? DIA JUGA BERKATA PADA SAYA STRESS DENGAN TEMPAT KERJA…ADAKAH INI SIMPTOM STRESS ATAU EFFECT GASTRIK

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah sakit kepala teman wanita anda pada bahagian belakang beserta sakit perut. Untuk makluman anda, sakit kepala ini merupakan perkara yang subjektif dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan faktor-faktor am seperti:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Kami tidak boleh merumuskan jika ini adalah berpunca daripada sakit gastrik atau stress di tempat kerja. Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang itu supaya dapat membuat kesimpulan
Kami ingin memaklumankan bahawa penyakit-penyakit dan faktor di atas adalah yang berkait dengan masalah sakit kepala yang berlarutan. Kadangkala, sakit kepala yang anda hadapi ini mungkin bukan perkara yang serius yang perlu dibimbangkan. Namun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang berkenaan bagi mengetahui punca masalah yang dihadapi serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.