
azeriharon
5 tahun
Sakit kepala sampai kebas ke kaki
Slm dr. Sy nk tya, knapa sy skit kepala belah kiri dan sampai ke kaki sy rasa kebas, kadang2 sy rasa mcm nk pitam jika berlaku sakit kepala dan pening.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala pada satu bahagian kepala boleh disebabkan:
- Migrain
- Pendarahan dalam otak - akibat tekanan darah tinggi atau masalah pembekuan darah
- Jangkitan dalam kepala - seperti meningitis
- Penyakit auto-imun yang menyerang otak dan saraf - seperti Multiple Sclerosis
- Ketumbuhan dalam kepala - gejala tambahan seperti muntah waktu pagi, kurang memori dan sawan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.