
khai
6 tahun
Sakit kepala sebab darah tinggi?
Hi doktor. Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Baru baru ini kerap sakit kepala dan kaki sekitar tumit agak sakit sehingga sukar untuk bergerak dan melakukan kerja seharian. Pagi tadi saya telah cuba utk memeriksa tekanan darah saya dan bacaannya adalah sekotar 148/98. Adakah ini normal? Bapa saya adalah seorang pengidap darah tinggi. Adakah saya mengalami darah tinggi dan adakah sakit kaki itu adalah akibat dari darah tinggi? Juga sekiranya saya mula disahkan darah tinggi adakah saya perlu memakan ubat tersebut sepanjang hidup? Atau boleh dikawal melalui cara lain? Terima kasih.

6 tahun
Hai encik, terima kasih kerana mengajukan soalan tersebut. Terdapat beberapa perkara yang perlu saya sentuh untuk menjawab soalan encik.
Dari bacaan tekanan darah tinggi anda, nilai 148/98 adalah tidak normal. Bacaan normal bagi seorang manusia dewasa adalah 120/90. Namun begitu, satu nilai bacaan tekanan darah yang tidak normal tidak cukup untuk menyimpulkan bahawa seseorang itu menghidap darah tinggi. Oleh itu, anda disarankan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Sekiranya anda dipastikan menghidap darah tinggi, anda perlu mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah anda. Ubat ini tidak perlu dimakan seumur hidup, sekiranya tekanan darah anda telah Berjaya dikawal dalam satu tempoh yang ditetapkan doktor, anda tidak lagi perlu mengambilnya. Selain ubat, dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang serta menjauhi rokok adalah cara yang terbaik untuk mengubati masalah ini.
Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kaitan darah tinggi dengan sakit kepala namun tiada bukti kukuh yang menunjukkan kaitan antara keduanya. Namun demikian, terdapat satu keadaan yang dipanggil “malignant hypertension” dimana tekanan darah adalah melebihi 180/120. Keadaan ini amat berbahaya kerana boleh menyebabkan salur darah pada otak pecah, masalah buah pinggang dan jantung. Sebahagaian tanda amaran keadaan ini adalah sakit kepala, pandangan kabur, muntah, sakit dada, dan sesak nafas.
Mengenai sakit pada bahagian kaki sekitar tumit, masalah ini selalunya berlaku adalah akibat kerosakan pada struktur kaki akibat postur atau gaya jalan yang tidak betul. Namun begitu, penghidap darah tinggi boleh mengalami masalah pada kaki mereka disebabkan aliran darah yang tidak lancar. Semoga bermanfaat buat anda.

6 tahun
Hai, Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan saudara.
Sakit kepala merupakan salah satu simptom yang selalu diadukan oleh pesakit. Ia boleh disebabkan oleh banyak penyakit, dan setiap penyakit boleh datang dengan jenis sakit kepala yang berlainan. Ada yang membuatkan kepala rasa dililit dengan ketat, atau merasa kepala dipukul atau merasa kepala berdenyut atau merasa sakit kepala yang tajam. Amat penting untuk doktor untuk mengambil kira semua maklumat ini sebelum membuat sebarang diagnosis.
Untuk darah tinggi, ia adalah diagnosis apabila bacaan tekanan darah melepasi 140/90. Namun harus diingatkan bahawa bacaan tekanan darah perlu dilakukan oleh pihak klinik atau hospital. Tetapi menurut keadaan anda, anda berkemungkinan besar untuk menghidap darah tinggi berdasarkan sejarah keluarga dan simptom yang anda alami. Sekiranya anda tidak menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, serta merokok dan berat badan berlebihan, ini akan menambahkan risiko anda untuk mendapat tekanan darah tinggi.
Sakit kepala merupakan antara salah satu simptom tekanan darah tinggi. Ini kerana akibat kerana tekanan darah yang tinggi, jantung harus bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan termasuk otak. Jika kurang darah pergi ke otak, anda boleh mendapat sakit kepala. Buku lali dan kaki bengkak juga merupakan salah satu simptom darah tinggi. Tekanan darah yang tinggi menolak cecair di dalam pembetung darah keluar dan berkumpul di buku lali dan kaki.
Saya cadangkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang terbaik.