
nyonyanasa
6 tahun
Sakit kepala sebelah kanan dan mata kanan
Saya wanita usia 43 tahun dan bekerja sebagai senior manager. Kebelakangan ini saya sering rasa sakit kepala sebelah kanan belakang, mual dan mata kanan saya juga berdenyut. Tapi simptom ini tidak berlaku setiap hari. Biasanya pulih bila saya ambil panadol dan tidur. Adakah ini simptom biasa bagi wanita 40 ke atas atau ini tanda menopous?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa jenis sakit kepala iaitu:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala juga boleh terajadi semasa menopaus namun begitu , pendapat doktor harus didapatkan untuk mengetahui punca yang sebenarnya.
Antara pencetus lain sakit kepala adalah:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu boleh menjadi pencetus
- Masalah mata seperti rabun
- Kurang rehat dan tidur
- Ubat-ubatan tertentu
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih