
Sulit
5 tahun
Sakit kepala sebelah kanan, sehingga telinga dan juga tengkuk
Hi doktor, saya wanita umur 40 tahun. Baru2 ini saya ada membuat pemeriksaan kolestor di farmasi. Bacaan HDL 0.70, LDL 1.79. Tetapi BP saya 174/108 sangat tinggi.(saya ada konsume herba utk darah tinggi) Kemudian pihak farmasi mencadangkan saya konsum omega 3 oil(3pcs/sehari) dn primerose oil (2pcs’sehari). Masaalhnya, sejak sya makan omega 3 oil itu, kepala , telinga dan tengkuk saya belah kanan berasa sakit dn berdenyut secara berterusan meskipun sya makan pain killer. Doctor, apakah sebenarnya yg mnyebabkan keadaan ini? Mohon nasihat dari doktor. Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.