
Anonymous
2 tahun
Sakit kepala Sebelah kanan selepas bersalin anak ketiga
Hai doctor.saya berumur 34 tahun ada 3 orang anak.saya baru melahirkan anak berumut 6 bulan.selepas bersalin saya kerap mengalami sakit kepala sebelah kanan.dalam masa yang sama.saya mengalami masalah haid selepas bersalin yakni xpernah period selepas bersalun.tetapi bersalin dengan anak-anak sebelum ini selepas habis pantang period swpwrti biasa.so…pertanyaan saya…adakah saya mengalami penyakit yang kronik

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kanan tersebut. Antaranya:
- Sakit kepala migrain
- sakit kepala tegang
- Sakit berpunca daripada leher
- Sakit akibat kecederaan pada leher atau kepala
- Sakit akibat postur yang salah ketika berbaring duduk atau berdiri
- Masalah tidur yang terganggu menyebabkan anda tidak cukup rehat dan sakit kepala apabila bangun
Sakit kepala biasanya adalah masalah yang tidak serius dan boleh dirawat. Namun jika anda berasa bimbang, rutin harian anda terganggu disebabkan masalah ini, atau mengalami simptom yang lebih serius seperti muntah-muntah, pengsan atau masalah pengelihatan, sila rujuk perkara ini dengan lebih lanjut dengan segera.
Masalah haid tidak teratur merupakan salah satu kondisi yang paling biasa dalam kalangan wanita. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.