
syaidatulmardiana
5 tahun
Sakit kepala sebelah kiri atas
Saya selalu sakit kepala bahagian kiri. Dalam seminggu, 2-3 hari berturut mesti sakit. Normal ke? I am 23 years old btw

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain - pencetusnya boleh disebabkan kafein, coklat, keju, makanan bergula tinggi
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Sindrom Pra-menstruasi
- Kesan ubat seperti pil perancang
- Tekanan darah tinggi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.