
liyanaizzatisazz
2 tahun
Sakit kepala sebelah kiri di satu tempat sahaja
saya pelajar berumur 18 tahun. saya sedar sudah 2 minggu kepala saya selalu sakit di satu tempat sahaja di bahagian kiri. kepala saya akan sakit di satu tempat apa bila saya menganggukkan kepala, berlari… seperti apabila kepala saya bergoncang. kepala saya akan sakit kemudia dia hilang. apakah maksud sakit itu ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Anda boleh melegakan sakit kepala dengan:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap denganpihak kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya sakit kepala anda tidak berkurangan atau bertambah teruk. Terima kasih.