
Sulit
3 tahun
Sakit kepala sebelah kiri spread to jaw
Hi doctor saya 15 tahun. Saya ada sakit kepala rasa tajam and pressure di atas kepala saya. Bila saya gerakkan kepala saya seperti berjalan,bersin dapat rasa benda pressure dan tajam di atas kepala. Dah 3 hari jadi. Spread sampai ke jaw,leher dan belakang telinga sebelah kiri. Malam semalam ada juga rasa nak muntah. Apa patut saya buat doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache
- Jangkitan saraf
- Jangkitan otak (meningitis atau encephalitis)
- Peningkatan tekanan di dalam kepala (increased intracranial pressure)
Jangan lengahkan masa dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Lemah dan lesu seluruh badan
- Sakit tengkuk atau leher (termasuk tidak dapat memusingkan leher)
- Gangguan penglihatan (visual disturbance); penglihatan kabur
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian segera oleh anda dan juga doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.