
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sebelah kiri,sukar tidur malam
haii dokter sya nk bertnya,sya kerap sakit kepala sebelah kiri,sakit lutut,sukar bernafas,sukar tidur pada waktu mlm,kerap mngalami kekejangan otot,
ini disebabkan ap yaa dokter
umur 20
perempuan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda agar kami mengenalpasti masalah sebenar dan punca ianya boleh berlaku. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, sakit kepala sebelah kiri yang anda alami boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Bagi masalah lain seperti sakit lutut, sukar bernafas, kekejangan otot dan sukar tidur mungkin berkaitan dengan sakit kepala anda atau disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lain. Sekiranya anda mengalami gejala ini dengan kerap sehingga mengganggu aktiviti harian anda, nasihat saya, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih