Sulit
5 tahun
Sakit Kepala sehingga ditekan kepala pun sakit serta sakit perut
Assalamualaikum, umur saya 18thn. Doc, sejak kebelakangan ni saya selalu sakit kepala dan bila saya tekan sikit kepala saya, sakit dia macam saya cucuk kepala saya. Saya perasan, bila saya cuba ingat masa lalu… Saya tak boleh dan saya mula rasa sakit kepala. Dan satu lagi, bila saya mula ingat benda lama yang boleh kira pahit dlm hidup saya dulu, tangan saya terus tersentak dan bergegar. Saya tak tahu kenapa. Dah lama benda ni jadi dan baru baru ni, saya rasa sakit perut. Selera saya hilang. Fikiran saya bercampur-campur. Saya boleh jadi macam ni apabila saya rasa down. Doc, boleh saya tau kemungkinan sakit apa yang saya hadap?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress dan emosi
- Kurang rehat atau tidur
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Masalah kesihatan lain, seperti kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Berkenaan dengan rasa “down” dan fikiran bercampur-campur, buat masa sekarang, anda digalakkan untuk tidak bersendirian ketika perkara tersebut muncul. Anda boleh meluahkan perasaan anda kepada keluarga, rakan atau orang yang anda percaya bagi mengurangkan beban yang anda alami.
Akan tetapi, jika masalah sakit kepala masih berlarutan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, terutamanya jika sakit kepala bertambah berat atau ditambah gejala lain yang semakin mengganggu anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .



































