
Sulit
3 tahun
Sakit kepala sehingga menyebabkan sakit mata dan kadangkala tangan kebas
Saya berumur 18 tahun dah saya sering mengalamai sakit kepala sebelah kanan sehingga menyebabkan mata saya kanan saya sakit dan rasa loya sehingga menyebabkan saya muntah. Kadanagkala kedua dua belah tangan saya akan berasa kebas. Actually saya sudah berjumpa dgn doctor akan tetapi saya hanya memberitahu bahawa hanya tngan sebelah kanan saya sahaja yg kebas saya terlupa untuk memberitahu tangan sebelah kiri saya juga kebas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami fahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang anda alami. Lebih-lebih lagi ia sudah menyebabkan sakit mata serta kebas tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umum, masalah sakit kepala sebegini lazimnya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- Kurang berehat dan tidur
- Tekanan atau stres
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Migrain, sakit kepala jenis kluster
- Tekanan darah tinggi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.