
Sulit
2 tahun
Sakit kepala sehinnga pusing selama lima tahun
Saya sudah mengalami sakit kepala kronik selama lima tahun… saya kerap sakit kepala pada waktu pagi … saya kerap demam panas… kini , saya berumur 19 tahun … Saya Mula sakit kepala sejak berumur 13 tahun…Banyak simptom barah otakYang saya research ada pada saya… contohnya sakit kepala Yang kronik,demam sikap Yang berubah ,berat badan semakin susut… Pada akhir 2 ini, saya kerap letih, kesukaran Dalam pernafasan Dan anxiety … Apa nasihat Doc buat saya…saya takut hidup saya tidak Akan lama…saya tidak pernah langsung berjumpa dengan doc… mak ayah saya tidak percaya sehingga saya menjadi frust… Apa nasihat buat diri saya untuk saya survive… Saya NK pergi hospital tapi Musim covid ini menyekat saya… Doc blh beritahu tanda akhir simptom bagi penyakit brain tumor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.