ez.shafiqalbi
6 tahun
Sakit kepala sekian lama
sy shafiq berumur 32thn dari damansara…saya kerap sakit kepala seperti menyucuk-nyucuk di bahagian sebelah kanan.apabila sy batuk terasa kepala di cucuk,kadangkala sy mengusap rambut terasa pedih di bahagian kanan…waktu kecil kepala sy bahagian kanan pernah terkena cangkul…dan sewaktu saya belajar di egypt pernah di baling tulang pinggul kerbau terkana kepala sy bahgian yang sama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, sakit kepala terbahagi kepada jenis primer dan sekunder. Sakit kepala jenis primer biasanya seperti migrain, sakit kepala tegang dan sakit kepala kluster yang boleh disebabkan oleh:
- Stress
- Keletihan
- Kurang tidur
- Pengambilan makanan tertentu
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sakit kepala sekunder pula biasanya adalah lebih teruk dan disebabkan oleh masalah dalam struktur otak. Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kerap muntah pada waktu pagi
- Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba
- Sakit kepala lebih teruk apabila berbaring
- Mengalami masalah pengelihatan atau masalah daya ingatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































