
Sulit
4 tahun
Sakit kepala selama sebulan
hi. sy wanita berumur 20 tahun…sy mengalami sakit kepala selama sebulan tahun lalu…sy ingin tahu kenapa sy sakit kepala ketika tunduk atau tengah bersujud…bukan sekali dua…tetapi hampir sebulan…ketika sujud atau tunduk seluruh kepala sy berdenyut2 bagaikan ada seseorang tengah menghentak kepala sy dengan batu berkali2…selepas sebulan sakit kepala tu tiba tiba hilang…boleh doktor beri penerangan??..terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami sakit kepala berpanjangan:
- Kurang rehat dan tidur
- Stres
- Migrain
- Hipertensi atau darah tinggi
- Radang sinus atau sinusitis
- Ketumbuhan otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Kami sangat sarankan agar anda berjumpa dengan doktor kerana kami bimbang ia berpunca dari sesuatu yang serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan dari doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.