
Sulit
5 tahun
Sakit Kepala selepas post epidural
Sy sudah menjalani d&c akibat kguguran 5 minggu. Sesudah keluar hospital, sy di masuk kn ke wad kembali atas sebab post epidural di mana tidak boleh duduk dan bangun (sakit kepala). Sy sudah 2 hari di rumah tetapi sakit kepala dan pening kembali menyerang. Badan sy juga terasa lemah. Apa patut sy lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- post dural puncture headache (sakit kepala setelah epidural, biasanya berlangsung selama 3 hari)
- functional headache (psikogenik)
- tension type headache
- cluster headache
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.