
Sulit
3 tahun
Sakit kepala selepas vaksin
Saya telah divaksinkan semalam iaitu 8/6/2021 dgn vaksin sinovac.soalan saya .pagi adi saya bgn dan saya ambil ubat y selalu saya makan.ubat kurus.saya rasa sakit kepala.adakah iffect pda ubt y saya makan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang sakit kepala yang anda alami selepas menerima vaksin dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit kepala adalah antara kesan sampingan kepada vaksin COVID-19. Terdapat juga kesan sampingan lain seperti:
- Demam
- Pening kepala
- Keletihan
- Sakit pada bahagian disuntik
Kesan sampingan ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam beberapa hari.
Namun gejala sakit kepala juga boleh disebabkan perkara lain seperti migrain ataupun perkara yang lebih serius seperti:
- Masalah tiroid
- Strok
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini