
syafinikamil
5 tahun
Sakit kepala semasa mengunyah makanan
Saya seorg isteri, dan ibu, berusia 33 yo. Sejak 3 hari ni, saya sering sakit kepala terutama di bhgn kiri kepala, rs sakit tu bila kita mengunyah makanan dan saya juga rasa seakan senak / berat di bhgn mata. Mohon pencerahan pihak Doktor. Insya Allah saya akan pergi check up dlm masa terdekat. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trigeminal neuralgia
- Migraine
- Cluster headache
- Tension type headache
- Sinusitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.