
zaujahshuib
2 tahun
Sakit kepala seperti ada cairan di bahagian dahi
Sy wanita berumur 33 tahun dan mempunyai 3 orang anak…setelah berpisah dengan suami kehidupan sy agak sibuk menguruskan anak2 dan bekerja dalam masa yang sama. Sy juga berniaga kecil2an dan ini lebih menyibukkan sy.
Soalan sy sy selalu didatangi sakit kepala yang mana sy terasa seperti ada cairan di bahagian dahi dan antara mata…sakit itu tidak lama…seblum ni dalam sebulan hanya sakit 2 atau 3 kali…namun sekarang ia agak kerap…dalam seminggu 2 3 kali ia menyerang…
Boleh doktor jelaskan apakah sakit yg sy hadapi dan adakah ia berbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala sinusitis
- sakit kepala tekanan (tension headache)
- sakit kepala migraine
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.