
Sulit
4 tahun
Sakit kepala seperti ditekan atas tengkorak
Saya berumur 19 tahun dan sekarang sy sering mempunyai sakit di kepala . Tapi sakit di kepala saya ni seperti lain sahaja sebab ianya seperti ada tong gas yang menekan di atas kepala tengkorak saya dan itu amat lah sakit tp sekarang sudah pun kurang dan perkara ini sudah pun masuk 4 bulan untuk penyakit yg sama dan tidak hilang . Walhal di masa sy kena penyakit itu sy juga akan merasakan seperti ada benda yg menekan di atas lelangit sy doktor bukan di kawasan lelangit tetapi di atas lelangit . Sy musykil dengan penyakit ini doktor boleh berikan penjelasan apa jenis penyakit yg saya hadapi masa masa skrg ni sbb sy tidak mahu mati awal . Harap doktor boleh memberi penjelasan yg jelas. Boleh ?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala seperti tong gas yang menekan di kepala. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kemungkinan besar anda mengalami pendarahan kepala. Anda diminta untuk ke unit kecemasan hospital segera!
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.