
Sulit
5 tahun
Sakit kepala seperti ditekan disertai dengan sakit gigi, belakang mata & telinga dan juga berasa sakit bahagiam perut
Assalamualaikum doktor. Saya berumur 20 & baru habis belajar. Saya belum bekerja & hanya bantu ibu di rumah sahaja. Saya mengalami pening kepala sudah hampir dua minggu. Pada mulanya, perut saya sakit, sebu2 dan menyebabkan kurang selera makan. Apabila saya pergi ke klinik, doktor mengatakan ianya mungkin gastrik. Dalam pada masa yang sama saya mengalami pening kepala 4 hari selepas sakit perut berpanjangan. Kepala saya sakit hampir kesemua bahagian terutama sekali bahagian belakang dan kiri kepala termasuk belakang mata dan telinga. Saya juga mengalami sakit gigi yang hilang datang. Kerap mual tapi jarang muntah. Sebelum ini pernah rasa ngilu di bahagian gigi. Saya juga memakai cermin mata. Adakah penyakit ini disebabkan sakit gigi, atau bacaan cermin mata menaik atau ada kaitan dengan perut saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak dapat dinafikan terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati keadaan penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.