
Sulit
3 tahun
Sakit kepala,sering tersedar rasa senak dan sengal
Sy lelaki beeumur 26 tahun doc…sy sering sakit kepala seriap kali hendak tidur…setip kali hendak tidur sy akan tersedar setiap 10 ke 15 minit sehingga pagi tapi apabila bangun dan tidak tidur kepala tidak terasa sakit…lagi satu setiap kali tersedar ketika tidur tu terasa senak dan sengal di kepala…sy mang xckup tidur sekarang ni…tolong bantu sy dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
- Infeksi pada otak (meningitis, encephalitis dll)
- Tumor di otak
- Malah saluran darah di otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.