
Sulit
3 tahun
Sakit kepala setelah habis kuarantin
Saya wanita berumur 38 tahun baru sahaja nengidap covid cat 1 dan telah discaj beberapa hari lepas. Saya mengalami sakit kepala seperti menyedut ais dengan banyak dan cepat. Kebanyakannya sakit dibahagian kepala sebelah kiri sampai ke bahgian hidung… hampir setiap masa. Saya tidak mengambil sebarang ubatan untuk sakit ini. Saya berasa tidak selesa hampir sepanjang masa walaupun ketika tidur.
Adakah sakit ini sakit biasa atau perlu dirisaukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami anda mengalami sakit kepala dibahagian sebelah kiri sampai ke bahgian hidung selepas discaj beberapa hari lepas. kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala anda mungkinnya adalah gejala umum untuk jangkitan COVID, ataupun akibat radang resdung (sebab pembukaan resdung tersumbat, menyebabkan tekanan meningkat sehingga sakit kepala).
Sekiranya sakit kepala anda adalah sebab COVID, ia akan sembuh secara perlahanan selepas sisa virus dalam tubuh anda berkurang, mungkinnya akan ambil masa sekurangnya 2 minggu. Sila merujuk kepada doktor dengan lanjut jika gejala anda tambah teruk atau tidak sembuh selepas 2 minggu.
Sekiranya sakit kepala anda adalah sebab radang resdung, anda perlulah berjumpa doktor ENT untuk mengatasinya. Namun, anda baru discaj dari COVID cat 1 beberapa hari yang lalu, sila jumpa doktor selepas hasil ujian COVID anda menjadi negatif.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Mungkinnya anda boleh dapat bantuan ubatan untuk ringankan gejala anda sebelum anda boleh jumpa doktor.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.