
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala setiap hari awal pagi
Saya lelaki umur 47 sering mengalami sakit kepala setiap hari diawal pagi. Terpaksa bangun untuk makan 2 biji Panadol dan 2 biji Caffox bagi menghilangkan sakit. Sudah berjumpa Doctor untuk pemeriksaan Darah & Gula semuanya paras Normal. Adakah selamat makan Panadol & Caffox setiap hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, mengambil ubatan secara berlanjutan tanpa mengetahui punca sebenar penyakit adalah tidak baik. Hal ini kerana dibimbangi membawa kepada kesan sampingan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.