
Anonymous
6 tahun
Sakit Kepala Setiap Hari
Saya berumur 21 tahun dah sudah berkahwin selama 3 bulan. Selepas 2 bulan berkahwin, saya mengalami masalah sinus yang teruk sehingga mengganggu masalah pendengaran saya di sebelah kiri. Saya telah berjumpa doktor dan doktor hanya memberikan saya ubat sinus serta ubat tahan sakit untuk dimakan selama seminggu. Selepas itu, masalah sinus saya pulih serta merta. Saya berhenti mengambil ubat sinus dan tahan sakit dengan serta merta kerana saya takut dengan pengambilan ubat yang kerap akan mengganggu untuk saya hamil. Namun, selepas beberapa hari, kepala saya kerap sakit di bahagian sebelah kiri. Sakit yang saya alami sering kali pada waktu tengahari hingga lewat petang. Ia berlaku setiap hari sehingga kini dan menjejaskan saya untuk bekerja pada siang hari. Denyutan di bahagian belah kiri kepala saya amat sakit dan kadang kala saya perlu tidur untuk menghilangkan rasa denyutan itu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sinusitis atau resdung adalah masalah yang berlaku apabila rongga hidung mengjadi bengkak dan tersumbat akibat jangkitan kuman atau tidak balas dinding hidung apabila terdedah kepada bahan yang menyebabkan alergi atau partikel berbahaya seperti habuk dan asap.
Seseorang yang menghadapi masalah sinusitis ini akan mengalami simtom seperti:
- Sakit dan bengkak pada kawasan pipi, mata dan dahi
- Hidung tersumbat
- Kurang atau hilang deria bau
- Keluar lendir berwarna hijau atau kuning
- Sakit kepala yang dikenali sebagai sinus headache
- Demam
- Sakit gigi
- Nafas berbau
Bagi masalah sinusitis yang tidak terlalu teruk, anda boleh merawatnya dengan cara:
- Mendapatkan rehat secukupnya
- Minum banyak air
- Mengambil ubat seperti paracetamol
- Elakkan dari terdedah kepada bahan alergi
- Jauhi rokok
- Melegakan hidung tersumbang dengan menyedut air garam
- Bernafas di atas wap air panas juga boleh melegakan masalah ini.
- Anda juga boleh mendapatkan ubat untuk melegakan hidung tersumbat dari farmasi
Sila rujuk kepada doktor anda atau hubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.